Epilog: Semarang 2012

Epilog: Semarang 2012

Sebelum ini: More Than Friendly: Semarang, Indonesia [Part 11]

===

Semarang 2012. Trip dengan famili yang paling kucar kacir. Bajet nak buat backpacking style. Tapi, semua lupa ada 3 budak kecik yang tak mumayyiz pun lagi. Hahah. Last-last ambil tour agent jugak. Nasib baik ada Tim [Mixed Up Already]. Mula-mula pakai Whatsapp. Lepas tu pakai roaming. Balik Malaysia fon terus kena bar. Hahah.

Semarang. Sebuah wilayah kat Jawa Tengah. Besar Semarang ni. Dan kota Semarang ni letaknya betul-betul kat tengah pulau Jawa.

Semarang bagi aku sebuah bandar yang menarik dan unik. Dari segi rakyatnya, penduduknya, boleh dikatakan hampir kesemuanya mesra. Tak sama macam di Medan. Tak, aku bukan puji sebab aku pun ada darah Jawa. Hahah. Contohnya, orang-orang kat tepi-tepi jalan, tegur tanya dari mana. Bila kata Malaysia, sembang macam dah lama kenal. Siap ada yang exchange email lagi!

Dari segi pembangunan, Semarang ialah bandar yang sememangnya dah membangun. Infrastruktus asas banyak yang dah ada. Tapi, aku perhati, pembangunan kat sini tak sekata. Dan macam tak teratur. Mungkin sebab bandar ni bandar lama, jadi bila pembangunan bertambah, dia jadi caca merba. Contohnya, depan hotel Olympic yang kami tinggal, ada kerja-kerja mengorek sebab nak buat longkang.

Dari segi maintenance jalan dan persekitaran pun banyak lagi boleh diperbaiki sebabnya aku tengok, kawasan Simpang Lima elok, tapi keluar sikit dari situ, pedestrian walk pun banyak yang pecah.

Satu lagi yang aku suka pasal Semarang ialah kawasan Kota Lama. Betul-betul macam back to the future, dengan bangunan-bangunan lama menjadi saksi bisu kepada semua perkara yang dah termaktub dalam lipatan sejarah. Mungkin pemerintah Indonesia harus baikpulih bangunan-bangunan ni, dan mungkin jadikan muzium, daripada dibiarkan macam tu je. 🙂

Makanan Semarang pun sangat unik sebab fusion terutama jawa dan Cina. Macam lunpia. Lepas tu ada wingko babat dan moachi. Kata orang Semarang, semua makanan tu makanan khas tempatan, terutama lunpia. Kalau pergi, wajib cuba. Abaikan bau rebung yang kurang menyenangkan tu. 🙂

Apa-apapun, pengalaman 4 hari di Semarang betul-betul membuka mata dan minda. Sebab aku dapat tengok betapa mesra orang kat sini layan tetamu. Dan satu pengalaman berbeza, berada di sebuah bandar besar, tapi pada masa yang sama, pembangunan kiri kanan tak sekata.

Kalau ditanya mau lagi tak ke Semarang? Jawapan aku – Ya, Pasti!

2012-12-23 11.08.32

TAMAT | THE END

3 Replies to “Epilog: Semarang 2012”

  1. Hi, greeting from me. I was born and grew up in SEMARANG. Now, I live in Surabaya. It’s interesting to read all your writing about semarang and it successfully makes me feel like I want to go home hehehe. I love your last word ‘pasti’ 🙂

    1. Hehe Thanks Fendhi! I really love Semarang, the ambience is different. I went to Bandung last month, but I still think that Semarang is awesome too!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: