Cities of Mekong: Phnom Penh & Chau Doc [Part 4] – Killing Field

Cities of Mekong: Phnom Penh & Chau Doc [Part 4] – Killing Field

Bersambung dari: Part 3

USD 1 = RM 3.06

4000 Riel = USD 1

===

Killing Field ni sebenarnya tempat pembunuhan beramai-ramai oleh rejim Khmer Rouge yang dikepalai Pol Pot. Memang kejam. Kebanyakan mangsa dibawa dari penjara Tuol Sleng untuk dibunuh kat sini. Baby pun tak terkecuali sebab menurut apa yang aku dengar dari alat audio tu, rejim Khmer Rouge percaya kalau nak betulkan masyarakat, akarnya pun kena dibuang.

One of the checkpoints at the Killing Field, Phnom Penh...
One of the checkpoints at the Killing Field, Phnom Penh…

Aku bergerak dari satu checkpoint ke satu checkpoint, sambil tekan alat audio ikut nombor checkpoint yang aku sampai. Sesetengah checkpoint tu, bangunan asalnya dah tak ada, jadi diganti dengan papan penerangan, apa yang pernah ada kat situ dulu.

Memang terasa seram sejuk masa kat sini. Orang ramai pun memang digalakkan senyap.

One of the mass graves found here...
One of the mass graves found here…

Macam tak percaya, yang pada tahun 1980-an, penduduk tempatan kat sini terjumpa banyak kubur besar yang dalamnya ada mayat yang dibunuh beramai-ramai. Kejam. Ada satu kubur tu, masa diorang korek, tengok semua mayat takde kepala.

The Khmer Rouge killed the babies by smashing them to this tree!
The Khmer Rouge killed the babies by smashing them to this tree!

Yang lagi aku tak sangka, Pol Pot ni bukan orang bodoh, tapi terpelajar. Belajar kat Perancis lepas tu jadi cikgu bila balik Cambodia. Tapi, sebab taksub sangat dengan ideologi Komunisme, dia jadi ekstremis.

Bila sampai ke satu checkpoint tepi tasik dalam Killing Field ni [dikatakan ada yang dibunuh dan mayat dicampak ke dalam tasik, tapi sampai sekarang mayat tu tak diangkat], alat audio mainkan satu muzik tradisional yang menyayat hati. Sambil pandang ke luar pagar Killing Field yang penuh menghijau, hati aku sayu bayangkan perasaan mangsa-mangsa kekejaman Pol Pot.

Ada satu pokok besar kat sini, dulu masa zaman Khmer Rouge, diorang letak speaker supaya orang luar tak dengar apa yang diorang tengah buat kat dalam. Supaya rintihan mangsa tak didengar orang luar.

Aku pun klik butang kat alat audio, nak dengar apa yang dimainkan kat speaker tu. Serius, goosebump aku dibuatnya!

Lepas dah pusing-pusing setiap checkpoint, akhirnya sampailah ke checkpoint terakhir, Stupa.

Setiap 21/5 tak silap aku ada upacara sembahyang untuk mangsa-mangsa kat stupa ni. Patutlah ada kalungan bunga kat luar pintu. Sebab hari ni 22/5. Semalamnya baru buat upacara tu.

Tapi, apa ada dalam stupa ni?

Dalam ni ada rangka-rangka mangsa kekejaman Pol Pot yang digali kat kawasan Killing Field ni. Dah diasingkan ikut jantina dan umur. Ada jugak baju-baju yang dipakai mangsa masa dibunuh. Masa masuk dalam stupa ni, bulu roma dah naik lain macam dah.

Dah pusing-pusing kawasan dalam stupa ni, cepat-cepat aku keluar, cari Akmal dan lain-lain.

Diorang pun dah habis semua checkpoint, jadi kami decide nak gerak ke destinasi seterusnya. Sebelum tu, singgah kedai cenderamata kat sini, tapi tak ada apa yang menarik perhatian.

Sebelum keluar pintu utama, alat audio kena dipulangkan dulu. Letak kat dalam bakul kat bangunan sebelah kiri. Sebelah kaunter bayar tiket masuk.

Matahari dah tegak atas kepala. Rasa haus pulak. Nasib baik ada 2-3 buah restoran kat depan Killing Field. Aku beli satu air mineral botol besar [USD 1/RM 3.06] dan lepas tu, kami cari Mr. Sing untuk bawa kami ke destinasi seterusnya.

===

BERSAMBUNG/TO BE CONTINUED

PART 5

6 Replies to “Cities of Mekong: Phnom Penh & Chau Doc [Part 4] – Killing Field”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: