Cities of Mekong: Phnom Penh & Chau Doc [Part 6]

Cities of Mekong: Phnom Penh & Chau Doc [Part 6]

Bersambung dari: Part 5

USD 1 = RM 3.06

4000 Riel = USD 1

===

Sampai kedai makan [Sher-E-Punjab-II], kami duduk dalam kedai. Tapi, senyap je. Gelap. Kipas tak on. Eh, dah kenapa? Rupa-rupanya tak ada elektrik kat satu kedai! Jap, satu kedai? Kami tanya waiter kat situ, rupanya bukan satu kedai, tapi satu Phnom Penh tak ada elektrik dan dah lebih sejam!

Kami berempat termenung sekejap. Bayangkan, sebuah ibu negara yang jadi nadi kepada Cambodia, pusat ekonomi, tapi tak ada elektrik sampai dah lebih sejam. Cuba kalau jadi kat Kuala Lumpur? Havoc! *Insaf lagi*

Different types of sauce to be eaten with the papadom.
Different types of sauce to be eaten with the papadom.

Lepas tengok menu, kami pun fikir nak makan apa. Untuk aku, walaupun kedai makan India, aku taknak cuba makanan India. Sebabnya kat Malaysia pun ada banyak. Jadi, aku nak cuba makanan local.

Aku: One Amok chicken.

Waiter: Cambodia food no good. Try briyani. Indian food, very good.

Aku: *Selak-selak menu* – Tengok harga: Briyani USD 9. Amok chicken USD 3. *Dalam hati: Patutlah nak suruh aku ambil makanan Indian. Mahal lagi rupanya!*

Aku: No, no. I still want amok chicken.

My lunch: Amok chicken.
My lunch: Amok chicken.

Sebab ni kedai India, aku tak pasti sama ada amok chicken aku ni sama tak macam yang tempatan punya. Cuma aku tertarik dengan menu ni sebab selain paling murah [hahaha], nama dia unik. Amok. Macam filem Melayu zaman 90-an dulu. Rasa dia, macam kari, tapi ada kacang tanah dan santan dia tak dicampur sebati macam kari orang Melayu.

All in all, termasuk air, aku belanjakan sebanyak USD 5/RM 15 kat kedai ni.

Dah selesai makan, Mr Sing nak bawa kami ke National Museum. Tapi, malangnya jam dah hampir pukul 4. Jadi, tak sempat nak ke sana. Kami pun dibawa ke Royal Palace.

Royal Palace, Phnom Penh.
Royal Palace, Phnom Penh.

Royal Palace, yang merupakan tempat kediaman rasmi Raja Cambodia, letaknya berhadapan dengan Sungai Mekong, dekat dengan Sisowath Quay. Nampak gah dan cantik, malangnya masa kami sampai, kawasan Royal Palace ni ditutup.

Kami pun sekadar bergambar di sekitar Royal Palace menghayati landskap ibu kota Cambodia ni sambil people-watching.

A lot of pigeons near the Royal Palace. Good spot for photos!
A lot of pigeons near the Royal Palace. Good spot for photos!

Berjalan di pesisir Sisowath Quay, sambil tengok kemegahan Sungai Mekong, antara sungai terpanjang kat dunia dan merentasi beberapa negara. Ramai orang-orang lokal berjalan kaki, bersenam kat kawasan ni petang-petang. Di sepanjang pejalan kaki, ada bendera-bendera negara dunia, termasuklah Jalur Gemilang!

The mighty Mekong River.
The mighty Mekong River.
Sisowath Quay.
Sisowath Quay.
Jalur Gemilang - the Malaysian flag!
Jalur Gemilang – the Malaysian flag!

Dah pusing-pusing sekitar ni, kami pun ingat nak balik ke hostel balik. Kami cuma tinggal beg dan belum check in lagi sebenarnya.

Dalam perjalanan, tak jauh dari Royal Palace ni, kami nampak pejabat Peguam Negara dan bangunan Mahkamah Rayuan. Apalagi. Hahaha.

Equivalent to the Malaysian Attorney General's Chambers.
Equivalent to the Malaysian Attorney General’s Chambers.

Sesampai di hostel, kami ucapkan terima kasih kepada Mr Sing atas khidmat yang dia berikan.

Lepas dah check in, masuk bilik, wah memang best hostel ni. Dorm 6 katil dan bilik air satu attached dalam dorm dan satu lagi keluar sikit dari dorm. Siap ada balkoni. Memang berbaloi-baloi.

Kami semua dah keletihan dan memang tak larat nak keluar.

Bila malam tiba, bosan jugak dan kami ingat nak keluar. Turun tangga terjumpa seorang lagi orang Malaysia tapi study di Singapore, nama Leong. Dia tanya kami dari mana dan bila cakap Malaysia, dia pun nak join sekali.

Kami pun keluar lepak-lepak dan jalan-jalan pusing sekitar Phnom Penh malam tu, dengan berjalan kaki.

Tips:

Nak jalan kaki malam boleh, secara relatifnya nampak selamat. Tapi, kalau tak berani, elok berteman sebab sesetengah kawasan memang sunyi sangat, tak ada orang langsung. Common traveller’s conscience applies.

Walking along the street at Phnom Penh...
Walking along the street at Phnom Penh…

Dah tak ada apa-apa nak dibuat, kami pulang semula ke hostel, naik atas katil dan…zzzzzzz…

===

BERSAMBUNG/TO BE CONTINUED

PART 7

6 Replies to “Cities of Mekong: Phnom Penh & Chau Doc [Part 6]”

    1. Haha. It is indeed nice, thanks Marcos! This was taken last May when I had a short travel to Cambodia and Vietnam with my friends. 🙂

      I will and I hope you will too! 😉

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: