Cities of Mekong: Phnom Penh & Chau Doc [Part 14-FINALE]

Cities of Mekong: Phnom Penh & Chau Doc [Part 14-FINALE]

Bersambung dari: Part 13

USD 1 = RM 3.06

4000 Riel = USD 1

===

HARI KEEMPAT, 25 MEI 2013

Pagi ni, lepas bangun pagi, kami cari tuk-tuk di luar hostel sebab flight balik KL petang ni dan sebelum tu, ada antara kami yang nak cari barang lagi kat Central Market. Kami check out dan tinggalkan beg dalam bilik beg kat hostel. Kami bayar driver tuk-tuk tu USD 3/RM 9 seorang x 4 = USD 12 satu tuk-tuk.

Kami ke Sisowath Quay untuk brunch. Kami mintak driver tuk-tuk berhentikan tepi jalan dan kami jalan kaki nak pilih tempat makan. Lepas dah puas berjalan bawah terik matahari, kami pilih kedai Shawarma Kebab milik seorang arab Lubnan.

Had our bunch at this nice Arab restaurant.
Had our bunch at this nice Arab restaurant.

Jangan tak tau, kat Phnom Penh ni, makanan Malaysia, Arab, Cina, India, semua pun ada! Aku order satu set roti dengan daging dengan harga USD 11/RM 33. Tapi, memang kenyang! 🙂

My USD 11 brunch.
My USD 11 brunch.

Dah isi perut, kami sekali lagi ke Central Market. Aku suka nama dia, Central Market. Sama macam kat KL. Asalnya pasar, sekarang pasar pelancongan. Tapi, pasar mana lagi tua? Aku pun tak pasti. Central Market Phnom Penh siap tahun 1937. KL punya tua lagi kot?

The dome inside Central Market, Phnom Penh.
The dome inside Central Market, Phnom Penh.

Kali ni, aku ambil peluang masuk dalam Central Market. Wow! Penuh lip lap lip lap barang kemas, barang elektronik. Dia ada 4 wings, setiap wing bila keluar, akan keluar kat bahagian lain, contohnya bahagian daging, bahagian rempah ratus, bahagian souvenir.

Jewelry being sold inside the Central Market.
Jewelry being sold inside the Central Market.

Alang-alang dah kat sini, dan duit USD ada balance lagi, aku pun usha-usha tengok barang apa nak beli. Lepas tu, jumpa Lonely Planet punya buku versi cetak rompak. Terus beli satu, yang untuk travel SEA on a shoe string budget. Tau berapa? USD 8/RM 24 je! Tau yang asal berapa? USD 24! Hahaha.

Dah selesai kat sini, kami kembali ke hostel untuk ambil beg dan mintak abang tuk-tuk hantar kami ke airport.

Heading towards the airport...
Heading towards the airport…
Bye-bye Phnom Penh. Till we meet again :')
Bye-bye Phnom Penh. Till we meet again :’)

Sampai airport, kami tunggu sampai gate untuk ke balai berlepas bukak.

Tips:

Kalau keluar dari Cambodia melalui Phnom Penh International Airport, korang kena beratur untuk dapatkan boarding pass lain. Boarding pass yang diprint dari web tak diterima untuk masuk ke balai berlepas.

Line up for the boarding pass...
Line up for the boarding pass…

Dalam pukul 4.00 petang, kami masuk ke dalam kapal terbang Air Asia dan dalam jam 4.40 petang, meninggalkan bumi Phnom Penh dengan 1001 kenangan dan pengalaman.

Leaving the Phnom Penh airport...
Leaving the Phnom Penh airport…

Dan 2 jam kemudian, kami pun selamat touch down di KLIA-LCCT.

The end of the journey.
The end of the journey.

Dengan ini, tamatlah travelog Phnom Penh-Chau Doc.

===011013-1419

Next: Epilog – Cities of Mekong: Phnom Penh & Chau Doc

2 Replies to “Cities of Mekong: Phnom Penh & Chau Doc [Part 14-FINALE]”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: