Epilog – Cities of Mekong: Phnom Penh & Chau Doc

Epilog – Cities of Mekong: Phnom Penh & Chau Doc

Bersambung dari: Cities of Mekong: Phnom Penh & Chau Doc [Part 14-FINALE]

4 hari 3 malam. Masa yang singkat untuk mengenali sesebuah tempat, tapi jika kita pandai menyusun aktiviti dan penuhkan itinerari dengan pelbagai perkara, lawatan kita ke sesebuah tempat itu akan jadi penuh makna.

Macam tu yang aku rasa dalam trip ke Phnom Penh dan Chau Doc kali ni. Phnom Penh, sebuah ibu negara. Tapi, dek kerana perang yang tak berkesudahan dari zaman penjajah sampai zaman Pol Pot, pembangunan terbantut, bandar jadi tak terurus dan caca merba.

Bagi aku, Phnom Penh ni masih banyak yang boleh dibangunkan. Kawasan tepi sungai cantik sebagai tempat beriadah. Tapi, sebab kedaifan, ada orang jemur baju kat situ. Trafik huru hara. Debu sini sana.Tapi, tetap menarik dan kagum dengan semangat penduduk tempatan yang cuba bangun kembali lepas rejim Khmer Rouge.

Bandar ni memang tengah membangun, tapi sangat pantas. Dan tak mustahil, kalau aku jejak kembali ke sini, banyak yang dah berubah.

Chau Doc pula, sebuah pekan kecil di pinggir Sungai Mekong. Sebagai sebuah pekan kecil, bagi aku Chau Doc nampak lebih terurus dari Phnom Penh. Penduduk sini nampak lebih sejahtera dan tak ramai peminta sedekah macam di Phnom Penh.

Gigih mencari rezeki, orang kat sini ramai yang berniaga, baik air, buah-buahan dan seumpamanya. Kalau tak ada kedai, berniaga tepi jalan. Dan Chau Doc tenang. Tenang dari segi kehidupan yang lebih perlahan, tidak kosmopolitan. Mungkin sesuai kalau nak bersara di sini. 🙂

Penduduk di kedua-dua Phnom Penh dan Chau Doc juga peramah. Bila dia tahu kita orang luar, penduduk tempatan akan cuba menjaga kita sebaik mungkin. Dan kata ucap Hai dan Hello tu perkara biasa. Bezanya, Chau Doc sebagai pekan kecil, masih ada unsur malu pada diri penduduk setempat apabila mahu cuba berbual dengan pelawat luar. Lagipun, penguasaan bahasa Inggeris di sana kurang baik.

Ya, itulah dari segi pemerhatian aku. 2 bandar terletak di sebatang Sungai yang sama tapi dalam 2 negara yang berbeza. Dengan ragam dan rencah kehidupan yang tidak serupa. Moga diizinkan aku untuk jejak ke sana lagi, nanti di suatu ketika.

Till we meet again on the next journey...
Till we meet again on the next journey…

TAMAT | THE END

021013-1444

One Reply to “Epilog – Cities of Mekong: Phnom Penh & Chau Doc”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: